"Assalamu'alaikum ustaz, apa pendapat ustaz tentang seorang lelaki mentaqdim seorang muslimat tanpa orang tengah. Sebab apa yang ana tengok, kebanyakkannya seorang lelaki lebih suka untuk mentaqdim seorang muslimat tanpa menggunakan orang tengah dan dalam konteks itu bukankah ia juga boleh membawa fitnah kepada ahli gerakan juga kepada diri sendiri?" Soal Isyqi tanpa segan silunya dalam mengeluarkan pendapat mengikut pemerhatiannya kepada permasalahan yang berlaku terhadap ahli gerakan sendiri.
"Okeh, terima kasih kepada Ustazah Isyqi kerana bertanyakan tentang itu. Benar apa yang dikatakannya. Perkara ini banyak berlaku dalam ahli gerakan kita malah ia menyebabkan gerak kerja Islam kita terbantut dan sebagainya. Jadi, jika seorang muslimin mentaqdim seorang muslimah tanpa orang tengah, dari sudut hukum ia diharuskan kerana ia hanya suatu pernyataan hasrat hati untuk meminang muslimat tersebut secara syarie. Pernyataan taqdim yang dimaksudkan ini adalah melalui surat atau email atau mesej bertulis, bukannya bermaksud pertemuan".
"Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian. Ramai orang mampu mencapai "sakinah" ketika melafazkan "aku terima nikahnya", namun banyak pasangan gerakan gagal mencapai "mawaddah" dan "rahmat" apabila berdepan dengan konflik rumahtangga lantaran ujian sebelum kahwin sendiri sudah tewas di mata Tuhan. Hidup berumahtangga bukan seindah yang didamba sebelum kahwin (semuanya indah ketika bercinta), banyak asam garam yang perlu dihadapi, hanya mereka yang berikrar untuk teguh pada syariat agama akan mengecap erti kebahagian dan kemanisan sebenar rumahntanngga." Ulas Ustaz Abdul Rahman Asyaari panjang lebar dan secara tidak langsung persoalan Isqyi tersebut sudah terjawab. Kelihatan lega dalam memahami konsep taqdim-mentaqdim di raut wajah setiap ahli gerakan yang hadir.
"Jadi ustaz, seperti apa yang ustaz katakan tadi.. harus menggunakan orang tengah bagi muslimin atau muslimat untuk mentaqdim pasangan mereka, jadi bagi pendapat ustaz sendirilah, apa yang dimaksudkan dengan khitbah mengikut syar'i yang sebenarnya dan apakah nasihat Ustaz bagi sahabat-sahabat yang sudah berkhitbah atau bertunang dalam menetapkan hati mereka dari berlakunya maksiat kecil tanpa disedari" Soal Salwa pula pinta kepastian dan nasihat dari seseorang yang sudah berpengalaman dalam rumahtangga..iaitu Ustaz Abdul Rahman sendiri.
"Alhamdulillah, ramai juga yang sudah berkhitbah dalam ahli kita.. musim kahwin la dikatakan..hehe" celoteh beliau.. yang lain turut terhibur dengan celoteh beliau.
"Okeh.. Pandangan peribadi ana berdasarkan pengalaman berdepan dengan banyak kes "pertunangan terlampau" dan kes "masalah rumahtangga ahli gerakan",ramai muslimin belum benar-benar serius untuk berilitzam dengan dengan kerangka syara' dalam soal pertunangan. Jika benar serius, seharusnya mereka juga sudah pasti serius untuk memikirkan soal persediaan perkahwinan. Pertunangan atau ikatan khitbah yang lebih dari setahun kebiasaannya mengudang kegelinciran ahli gerakan dari batasan sepatutnya dalam keadaan dirinya tidak sedar dan merasakan ia bukan suatu maksiat. Justeru adalah lebih baik bersahabat sahaja dahulu jika kita belum bersedia untuk memikirkan soal nikah kahwin."
"Bertunang bererti selangkah kaki sudah berada di alam perkahwinan. Mematuhi syara' pada peringkat ini bererti bersedia untuk bertemu dengan bakal mertua dan memohon restu izin untuk melangsungkan perkahwinan pada masa yang terbaik oleh kedua-dua belah pihak. Tiada guna ada 'ikatan' kononnya pertunangan yang tidak diketahui oleh wali / kedua ibu ayah dan kemudiannya selepas bertahun menjalin hubungan (kekadang yang haram dinampak halal), ibu ayah tidak merestui dan bersetuju atau menunda ke satu tempoh masa yang terlalu lama. Useless."
"Justeru, nasihat dari ana perlu berhati-hati. Sekali tersasar walau sedikit di awal perjalanan, kebanyakan ahli gerakan Islam tumpas di pertengahan ujian hati yang cukup dahsyat dan halus. Syaitan akan memperindah segala dosa maksiat hati apabila tiada orang tengah yang memantau atau memberikan nasihat kepada kita." Nasihat terakhir dari Beliau lantas memberi kesedaran kepada semua ahli gerakan yang hadir. Terucap kalimah Istigfar di hati masing-masing.